REALITI AKHIR ZAMAN

Kita ni suami isteri akhir zaman.Bila disebut suami isteri akhir zaman, maka rumahtangga kita ni akan diuji dengan sehebat-hebat ujian. Kenapa diuji?



.

Atas asbab keimanan yang ada dalam diri kita dan pasangan.
Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga dengan pasangan yang tak solat? Ramai…
Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga dengan pasangan yang tak puasa? Ramai…
Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga tapi tak dapat nafkah yang secukupnya? Ramai…
Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga tapi membiarkan isteri keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna? Ramai…
Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga tapi curang dan selingkuh dibelakang pasangannya? Ramai…
Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga tapi masih tidak melaksanakan kewajipan dan tanggungjawabnya? Ramai…
Sebab tu kita ni suami isteri akhir zaman…sebab pengetahuan agama kita tu kurang dan cetek…suami gagal mendidik isteri dan isteri tidak mampu lagi bertahan dengan suami.
Tanya diri kita sendiri, tahap mana keimanan kita? Banyak? Sederhana? Sedikit?
Iman yang kuat akan menjadikan sesebuah rumahtangga itu bahagia kerana dia tahu apa yang dia perlu buat sebagai seorang suami dan juga sebagai seorang isteri. Pengetahuan dalam ilmu agama yang akan menjadikan kita seorang suami yang soleh dan seorang isteri yang solehah.
Pokok pangkalnya = keimanan terhadap Allah s.w.t.
Semoga perkongsian ini bermanfaat sebagai panduan buat kita yang bergelar suami isteri. Sesungguhnya ujian akhir zaman sangat hebat, hanya keimanan kita dapat menangani apa juga rintangan dalam rumahtangga. Semoga perkahwinan yang dibina mendapat sakinah, mawadda warohmah…


.

HADAPI KECURANGAN DENGAN HATI TERBUKA

Bayangkan, selepas bertahun hidup bersama, mengandung dan melahirkan zuriat buat suami tercinta, mereka dihidangkan khabar yang meruntun jiwa.
Ada yang mengetahui hubungan sulit suami menerusi panggilan telefon rakan dan kenalan, menemui bukti mereka keluar bersama, mengesyaki perubahan mendadak serta paling mengecewakan apabila menjadi saksi kedua-duanya bermadu asmara.

Justeru ramai isteri jadi bingung, hilang punca dan tertekan. Tambahan di mata keluarga, mereka selalu nampak serasi, jarang bertelingkah mahupun berselisih faham.Menurut Perunding Motivasi Dan Kaunseling Keluarga, Dr Robiah K Hamzah, kebanyakan yang tergamak berlaku curang dalam perkahwinan adalah kaum suami. Fakta itu dijelaskan menerusi purata 10 kes kaunseling rumah tangga yang pernah dirujuk kepadanya.

“Kita boleh lihat lapan daripada 10 kes membabitkan kecurangan suami. Hanya dua kes yang menyebut mengenai kecurangan isteri. Hal ini lazimnya berlaku berikutan lemahnya pegangan agama dan pengaruh nafsu.“Sebagai wanita, janganlah kita mudah lemah apabila berdepan situasi begini. Ada banyak langkah dan proses yang boleh dijadikan panduan demi menyelamatkan rumah tangga. Jika sekiranya hati tidak lagi berpaut kepada suami, wanita juga harus terus kuat menjalani kehidupan dengan penuh semangat dan keyakinan,”

1.TANYA DIRI

Apabila suami atau isteri sah berlaku curang di belakang pasangan, kumpul kekuatan untuk berdepan dengannya secara bijaksana. Ketepikan emosi dan cuba bersikap rasional.

Tanyakan kepada pasangan sama ada anda dan dirinya masih sesuai atau serasi bersama. Berterus-terang lebih baik daripada terus menyakiti perasaan sendiri mahupun pasangan. Lihat sama ada perkahwinan yang dibina masih boleh diteruskan atau perlu mengalah saja.

IKLAN

Segelintir wanita atau lelaki sukar berbaik semula berikutan pasangan sudah menjalin hubungan sulit hingga tidur bersama. Apabila kecurangan melangkaui batas, eloklah bertemu pakar untuk mendapatkan kaunseling.

2. JALANI KAUNSELING

Ada isteri nekad berpisah. Tetapi masih ada juga yang bermurah hati menerima kesilapan suami demi anak-anak. Apabila anda berhasrat meneruskan hubungan, berjumpalah dengan pakar kaunseling untuk berbincang secara terbuka dan mendapatkan pandangan.

Menerusi kaunseling, anda boleh menganalisis, mengenal kelemahan, kekuatan dan kemampuan masing-masing. Dari situ, anda boleh melihat bahagian mana dalam diri dan hubungan suami isteri yang boleh dibaiki.

Lazimnya, kes kecurangan berlaku kerana pegangan agama yang lemah, hidup yang sudah jauh daripada Maha Pencipta. Ketahuilah bahawa reda Allah SWT itu sangat penting dalam membina perkahwinan bahagia.

IKLAN


.

3. KONGSI MASALAH DENGAN IBU BAPA

Sebagai anak, ibu bapa adalah tempat terbaik untuk kita mengadu dan meraih kembali sokongan sebelum bangkit semula. Nilai nasihat yang mereka beri sebaiknya. Ibu bapa yang bijaksana akan bersikap neutral. Mereka tidak akan mengapi-apikan hubungan anak-anak, sebaliknya memberi nasihat membina.

4. PERGI BERCUTI

Tenangkan fikiran dan cari semula kekuatan diri. Jika berkemampuan, pergilah mengerjakan ibadah umrah. Di sana anda boleh mengadu kepada Allah SWT sepuasnya, memohon keampunan-Nya, bermuhasabah diri, memikirkan kembali keputusan yang bakal diambil dan mencari ketenangan berharga.

IKLAN

Dalam tempoh ini juga, fikirkan kembali niat sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau berpisah. Jika hati nekad mahu bercerai, ambil tahu proses yang perlu dilalui sehingga semua selesai. Ambil kira hasil perceraian itu nanti termasuk emosi anak, kehidupannya dan perbelanjaan yang wajib dilunaskan mengikut persetujuan mahkamah.

Bagaimanapun jika bajet kecil, pergilah ke mana-mana destinasi dekat supaya anda boleh bertenang dan berfikir panjang. Di negara kita sendiri ada banyak masjid cantik yang menyediakan ruang solat Muslimat yang selesa untuk anda menyendiri dalam suasana selamat dan menenangkan.

5. KEMBALI KEPADA ALLAH SWT

Mereka yang sentiasa mengingati Tuhan, menjalankan tanggungjawab dan suruhan Allah SWT serta berusaha meninggalkan larangan-Nya, pasti tidak terasa terlalu terbeban dengan mainan emosi.

Berbeza dengan suami atau isteri yang jauh dan lalai, mereka mungkin mengambil sedikit masa untuk kembali berikutan adanya pengaruh emosi dan nafsu. Namun, jika Allah SWT membimbing semula hati yang lalai ini, pastinya ia kembali menjadi baik.

Begitu juga apabila diri kembali sedar dengan kesilapan yang dilakukan, barulah mereka boleh membetulkan kembali persepsi terhadap perkahwinan, keluarga, isteri dan anak-anak.

Jelas Dr Robiah, memandangkan kes kecurangan banyak membabitkan kaum suami, adalah difahami bahawa perceraian selalunya ditimbulkan pihak isteri.
“Suami jarang menyebut soal cerai kerana mereka punya pilihan untuk berkahwin lagi dan menjalani hidup berpoligami. Ada lelaki yang memang sengaja mengelak daripada memulakan isu perceraian kerana tidak mahu dianggap jahat.