TUKAR ISTERI

"Isteri saya tak seperti orang lain, dengan pemalasnya, tak pandai masaknya, tak pandai berhiasnya, bercakap pun kasar, muka asyik masam…bla.bla…
Saya rasa macam tak boleh nak terus hidup dengan dia lagi, ni baru dua tahun, kalau nak terus sampai puluh tahun tak tahulah azabnya hidup saya, mungkin saya perlu cari perempuan yang lebih sesuai dijadikan isteri".
"Terpulang pada encik. Tapi saya rasa encik akan cari isteri sepanjang hidup, dan mungkin encik takkan jumpa 'isteri' sampai mati.."
"Kenapa pula ustazah, teruk sangat ke saya, salah ke nak tukar isteri ?"
"Saya tak cakap encik teruk.

IKLAN

Pertama, encik mungkin mencari wanita yang sempurna, maka memang encik takkan jumpa sampai bila². Kerana manusia tiada yang sempurna".
"Kedua, encik sebenarnya bukan cari seorang isteri, tapi seorang hamba suruhan atau pekerja. Seorang pekerja yang dibayar gaji untuk setiap kerjanya pun belum tentu dapat memenuhi kehendak kita.
Apatah lagi seorang isteri yang diminta buat itu ini tanpa diberi gaji, bahkan kadang dibalas dengan cemuhan, perbandingan, hinaan dll".
"Ketiga, Isteri adalah rakan kongsi hidup, kekasih hati, tempat saling menumpahkan sayang, bukan pengurus hidup encik.
Encik dah tua kan, dah boleh urus hidup sendiri, kenapa bila dah kahwin tak boleh urus sendiri. Rumahtangga adalah penyatuan lelaki dan wanita sebagai tempat berkongsi segala²nya.
Jangan nak kongsi makan sama, sediakan makan pun sama²lah. Nak kongsi bilik dan rumah yang bersih je, kongsi jugalah kerja rumah tu. Nak kongsi anak je, sama²la kongsi bab jaga anak tu.. "
"Keempat, encik datang mengadukan aib isteri, sebenarnya tanpa sedar encik sedang mengadukan kelemahan diri sendiri kerana gagal bersabar dalam mendidik seorang isteri, mungkin sikap buruk isteri berpunca daripada kita juga".
…………


Suami yang sangat sweet apabila dia hantarkan msg sekali sekala,
"awak, jangan lupa solat awal waktu, kerja memang tak habis, tapi umur kita akan habis.."
"awak, jangan lupa baca AlQuran tu, sekarang saya ada untuk awak, tapi dalam kubur alQuran adalah teman awak yang setia.."
"awak, jaga aurat ya.. Awak cantik sangat bila tutup semua, kerana kecantikan sebenar apabila menarik pandangan Allah dan para Malaikat, bukan pandangan manusia. Cukuplah awak untuk saya.."
Pasangan muda, tolong ingat satu perkara ni,
Perkahwinan dibina atas dasar cinta, tapi keluarga bahagia dibina atas dasar tangungjawab.
Kredit : Ustazah Asma' Harun