Pada zaman sekarang, pemberian dulang hantaran pada majlis pertunangan dan pernikahan merupakan satu kemestian dan malah sudah menjadi adat.

Mengikut cara islam tidak perlu semua itu, tapi perkara ini sudah menjadi simbolik untuk setiap majlis pertunangan dan perkahwinan.

Ada beberapa perkara yang bakal pengantin perlu tahu dan perlu elak jika anda ingin majlis anda berjalan lancar dan “Wow…”

Perlu diingat:

1. Bekas hantaran. Perlu ada, kalau tidak macam mana anda ingin mengubahnya

2. Mesti ada alas dulang seperti daripada fabrik organza, satin, sifon dan II

3. Cantikkan gubahan dengan jambagan bunga sama ada yang segar ataupun artifisial. Lagi banyak lagi cantik. Tapi jika anda memilih bunga lebih dari satu color, pastikan color tersebut matching. Agar tidak nampak bercelaru atau terlamapau berwarna warni.
Namun ada juga yang menggunakan sedikit bunga dan terpulang pada cita rasa masing-masing.

4. Pastikan gubahan itu kukuh dan senang untuk dibawa. Supaya tidak jatuh semasa dibawa pengiring.

5. Jika memberi barangan makanan, pastikan diletakkan didalam bekas yang selamat agar tidak dimasuki habuk ataupun serangga seperti semut atau lalat.

Perkara yang perlu dielak:

1. Jika mahu membawa manisan sebagai hantaran seperti kek atau kuih, pastikan diisi pada hari mahu berangkat dan pastikan makanan tersebut tahan lama. Jangan bawa manisan yang berkuah, bimbang menghadapai kesukaran membawanya.

2. Elakkan hantaran dibawa oleh kanak-kanak, bimbang akan terjatuh dan pasti akan mencacatkan majlis.

3. Pastikan kek yang dibawa adalah jenis fondan/sponge bukan krim.
Risau semasa membawa akan jatuh atau kemek.

Tips minimumkan kos:

1. Beli barang gubahan dengan harga borong.

2. Buat penawaran untuk menggandakan penjimatan wang

IKLAN

3. Bandingkan harga di beberapa kedai terpilih

4. Beli barang hantaran sewaktu jualan potongan harga

5. Jika barangan lama (seperti majlis tunag) masih elok, boleh gunakan dengan menggubahnya semula.

6. Beli barang sedikit demi sedikit

Related image

Tips untuk memilih barang hantaran:

1. Tetapkan bajet untuk barang hantaran

Kenapa anda perlu tetapkan bajet? Supaya anda tidak membazir.

Untuk memudahkan kerja dalam merancang kewangan, bahagikan bajet kepada 3 benda utama, iaitu:

Bajet untuk dulang
Bajet untuk gubahan dulang
Bajet untuk barangan hantaran

Apabila bajet sudah dibahagikan, anda akan berasa lebih mudah untuk menyemak dan mengawal kos perbelanjaan anda nanti.

IKLAN

2. Tentukan jumlah dulang

Setelah bajet ditetapkan, seterusnya anda boleh menetapkan jumlah dulang. Mengikut adat melayu, bilangan dulang adalah didalam angka ganjil.

Jika pengantin lelaki bercadang memberi 5 dulang, maka pengantin perempuan kena balas 7 dulang.

Jadi, bincanglah baik2 bersama-sama pasangan anda.

3. Pilih konsep majlis dan tema warna

Antara tip penting dalam memilih barang untuk dulang hantaran adalah memilih konsep dan tema warna terlebih dahulu.

Sebagai panduan, jom lihat cadangan konsep majlis dan tema warna yang mungkin bersesuaian untuk anda:

Konsep Klasik Tradisional Melayu – Warna yang sesuai adalah emas diraja, ungu manggis, hijau gelap dan merah/maroon. Biasanya hiasan dulang akan merangkumi tapak sirih tradisonal, bunga paha, bunga telur dan hiasa bunga segar.

Konsep Perkahwinan Inggeris – Warna yang sesuai untuk konsep perkahwinan seperti ini adalah warna-warna pastel seperti putih, biru, kuning, merah jambu, dan hijau. Semuanya di dalam tona warna yang lembut. Hiasan dulang pula seperti bunga hydrangea, lily, pot pori, kek/cupcake, atau dulang moden seperti kaca atau dulang putih berenda bunga.

Konsep Perkahwinan Hipster/Santai – Bagi konsep perkahwinan ini, pilihan warnanya adalah lebih banyak. Cadangan hiasan dulang pula seperti alas dulang bantal, kayu palet ataupun sponge.

IKLAN

Setelah menetapkan konsep dan tema, anda dah boleh mula memilih barang yang ingin anda letakkan di atas dulang.

4. Pelbagaikan pilihan barang hantaran

Bincang terlebih dahulu dengan pasangan anda sebelum membuat senarai barang hantaran.

5. Beli barang hantaran bersama-sama

Rasanya, ramai bakal pengantin yang melakukan tips ni, tapi masih ramai lagi yang tidak tahu akan kepentingannya. Kami mencadangakan kepada anda untuk pergi membeli barang hantaran bersama-sama kerana ia memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pembelian.

6. Jangan berlebih-lebihan

Dulang hantaran hanyalah secebis daripada kesuluruhan majlis perkahwinan anda. Ada banyak lagi kos lain yang perlu difikirkan.

Takut nanti anda berhabis-habisan pada dulang hantaran bajet untuk perkara penting seperti tempahan dewan,kad kahwin, goodies, katering dan sebagainya akan lari.

Beringat-ingat dalam membeli barang hantaran ye. Yang penting lengkap dan cantik.

 

 

 

 

 

 

Sumber : saranghaeyo