Sumber: Google

Ramai yang kata semakin lama sebuah perkahwinan itu, pasangan akan menjadi semakin bosan. Betul ke? Pada pendapat kami, sebagai seorang suami atau isteri, kita sendiri perlu menghangatkan hubungan dan jangan biar ia hambar begitu sahaja. Jika kita sendiri tiada usaha untuk ‘mewarnai’ sesebuah perhubungan, bagaimana ia mahu bertahan? Sudahnya, mata mulalah nampak orang lain lebih bagus daripada pasangan sendiri.

Sebenarnya, ada pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan bersama pasangan sekali gus akan menghangatkan lagi hubungan kalian. Menerusi perkongsian di Facebook milik Akhtar Syamir, beliau telah berkongsi 13 aktiviti yang boleh dilakukan bersama pasangan untuk mengeratkan lagi perhubungan.

IKLAN

Cubalah lakukan aktiviti ini bersama pasangan! Semoga hubungan kalian suami isteri semakin erat dan terus menyayangi antara satu sama lain hingga ke akhir hayat.

IKLAN

1. Berpelukan selama 5 minit tanpa lepas.

Sumber: Google

2. Pakaikan pakaian untuk pasangan.

3. Bila di luar, pegang tangan pasangan tanpa lepas selama 5 minit.

Sumber: Google

4. Tenung pasangan selama 5 minit tanpa henti. Tak salah untuk berkelip mata, tetapi harus kekalkan pandangan pada pasangan.

5. Buat Intermittent Fasting (IF) bersama.

6. Potongkan kuku pasangan.

Sumber: Google

BACA: Percayalah, Orang Yang Diuji Ini Adalah Kerana Dia ‘Special’

IKLAN

7. Bersihkan badan pasangan (mandi bersama).

8. Belikan hadiah kejutan untuk pasangan. Tak perlu yang mahal.

9. Masak bersama. Hasilkan satu menu baru.

Sumber: Google

10. Duduk berdua di sofa atau katil tanpa sebarang gangguan termasuklah telefon dan anak selama 1 jam paling kurang. Dilarang tidur.

11. Saling urut mengurut pasangan. Tak boleh sorang je urut, tak aci.

12. Layan movie romantik bersama. Cubalah cari satu cerita cinta. Hindustan boleh, Korea pun boleh. Cerita Melayu pun takpe.

Sumber: Google

13. Solat berjemaah bersama.

Kredit: Facebook Akhtar Syamir