media_2b175c2a52827e1434232cdfefc1c065

Ramai juga wanita cantik dan jelita tidak memilih rupa paras sebagai kriteria utama apabila mencari pasangan hidup. Senang cerita, yang isterinya cantik bukan main mengalahkan puteri raja tetapi wajah suaminya biasa-biasa sahaja. Cukuplah sekadar sedap mata memandang kan?

 

Nah, jadi apa sebenarnya faktor yang mendorong wanita cantik untuk memilih lelaki yang bersifat serdehana kerana waktu bercinta monyet zaman sekolah dahulu, mata ni asyik nak menjeling lelaki kacak je… tapi bila betul-betul hendak bina hubungan serius, lelaki biasa-biasa juga yang dikejar.

Persoalannya KENAPA perempuan cantik lebih cenderung untuk berdampingan dengan lelaki kurang kacak?

Kajian terbaru mendapati, pasangan di mana isterinya mempunyai raut wajah lebih indah berbandaing si suami berpotensi untuk memiliki hubungan yang lebi harmoni dan tegar menyokong pasangan masing-masing. Hal ini berlaku kerana,
#1 Wanita Mahu Pasangan Yang Sentiasa Menyokong

IKLAN

Pasukan pengkaji McNulty telah melakukan sebuah kajian terhadap 82 pasangan yang telah berkahwin selama 3 tahun. Rata-rata pasangan adalah berumur dalam lingkungan pertengahan 20an.

Pengkaji telah merakam sesi dimana setiap satu pasangan itu dikehendaki berbincang tentang permasalahan semasa yang dihadapi selama 10 minit. Rakaman video itu kemudian dianalisa oleh pakar-pakar profesional dan hasil mendapati rata-rata wanita yang bersuamikan lelaki kurang berketerampilan dari segi rupa paras cenderung untuk menjadi lebih “supportive” berbanding mereka yang kacak.

#2 Hubungan Lebih Harmoni Bila Isteri Cantik

IKLAN

Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh seorang Profesor dari sebuah institusi pengajian tinggi , “Lelaki sangat sensitif terhadap tarikan wanita. Wanita pula bagaimanapun lebih sensitif terhadap ketinggian lelaki dan ‘poket’ mereka,” jelas Prof. Ariely.

“Seorang suami yang kurang menarik dari isterinya akan bersifat lebih baik kerana mereka seolah-olah berasa takut untuk kehilangan isteri mereka dan oleh itu akan mencuba sehabis baik untuk mengekalkan hubungan atau perkahwinan itu,” tambahnya.

Bagi lelaki yang kacak pula, mereka akan lebih cenderung untuk bermain kayu tiga kerana tidak pernah berasa puas dengan hubungan yang telah sedia ada. Biarpun isteri mereka sudah cantik, mereka mungkin tetap akan pandang perempuan lain yang lebih cantik lagi! Kesimpulannya, lelaki kurang kacak akan lebih menghargai pasangan masing-masing.

IKLAN

Apa yang pasti, tarikan rupa paras seorang suami bukanlah perkara mustahak bagi seorang wanita kerana jelas, seseorang perempuan itu hanya mahukan suami yang budiman serta tahu menjaga hati isteri. Biar muka tidak ‘berupa’ asalkan hatinya ikhlas menerima kita apa adanya, setuju?

Apa pun, tak kisahlah bagaimanapun rupa pasangan anda, jika anda bijak menjaga hubungan serta tidak membesar-besarkan perkara yang kecil. Hubungan anda pasti akan bahagia hingga ke akhirnya.

Ingat! Bahawa penceraian adalah jalan terakhir bagi kamu dan pasangan setelah tiada satu pun jalan lain yang boleh diambil sebagai solusi kepada dilema yang dihadapi.

Jadi jangantanya kenapa lelaki tak handsome sellau dapat isteri lawa-lawa, sebabnya mereka ini adalah sejenis kaum lelaki yang pandai jaga hati isteri supaya sentiasa lekat.