Dengar macam satu perkara yang menyeramkan? Jangan risau, dengan adanya senarai urusan atau checklist kahwin untuk dirujuk langkah demi langkah, segalanya akan kelihatan lebih menyenangkan.

2 Bulan Sebelum Majlis Kahwin

  • Mohon Cuti Kerja Bagi Majlis Perkahwinan

Mohon cuti kahwin seawal yang mungkin memandangkan banyak persiapan yang perlu dilakukan bila semakin hampir dengan hari berlangsungnya majlis. Untuk membuat surat permohonan cuti kahwin ini, ada banyak sample yang boleh anda jumpa sekiranya melakukan pencarian di Google.

  • Edarkan Kad Jemputan | Facebook Event

Seelok-eloknya, kad jemputan sudah mula dihantar dalam jangka masa ini supaya bolehlah para jemputan merancang masa mereka awal-awal lagi. Selain kad jemputan, anda boleh juga membuat Facebook Event untuk sebarkan kepada rakan-rakan yang ada di FB.

  • Cari Cincin Kahwin & Barangan Kemas

Sebagai lambang cinta dan tanda ikatan kasih-sayang, sudah menjadi adat dalam pernikahan untuk menyarungkan cincin di jari pasangan. Cincin nikah ini selalunya lebih glamor daripada cincin pertunangan atau merisik. Harga cincin ini bergantung kepada jenis permata yang digunakan, bentuknya dan juga beratnya.

  • Tempah Banner & Bunting

Tempah banner dan juga bunting untuk digantungkan di depan dewan atau khemah. Selain itu jangan lupa juga untuk menyediakan penanda jalan atau penunjuk arah bagi para tetamu yang datang. Bila jalan mudah dijempui, barulah tetamu datang dengan senang hati.

1 Bulan Sebelum

  • Siapkan Playlist Lagu Kahwin

Pilih lagu yang bersesuaian untuk dimainkan pada hari berlangsungnya majlis. Sama ada ingin anda ingin mengumandangkan lagu kahwin klasik, lagu cinta yang terkini, lagu Inggeris yang romantik, lagu kahwin yang Islamik, atau mencampur adukkan semuanya, segalanya berada di dalam tangan anda. Pemilihan lagu juga bergantung kepada suasana majlis yang ingin anda ketengahkan.

IKLAN
  • Follow-up Dengan Supplier

Jangan lupa untuk follow-up dengan supplier supaya mereka tak terlepas pandang tempahan anda. Takut dalam masa yang sama, ada banyak lagi projek yang lain.

  • Rancang Susun Atur

Di mana kedudukan pelamin? Bagaimana meja ingin diaturkan? Bagaimana pula dengan setting untuk meja makan beradap? Backdrop dan sebagainya. Pastikan susunan yang dibuat dapat memberikan keselesaan kepada semua.

  • Relakskan Badan & Lakukan Rawatan Facial

Dalam masa-masa yang boleh dianggap agak genting ini, jangan lupa untuk memanjakan diri supaya kekal ‘glowing’ di hari majlis perkahwinan dilangsungkan. Untuk tujuan ini, anda boleh melakukan rawatan facial yang bersesuaian dengan jenis kulit anda.

Selain itu, anda juga boleh cuba mengamalkan terapi rendam kaki dalam air suam. Aktiviti ini boleh mengurangkan stress dan mampu membuatkan badan terasa lebih segar serta mengurangkan risiko naik jerawat.

2 Minggu Sebelum

  • Hubungi Supplier Berkenaan Barangan Tempahan Anda

Wedding semakin hampir, ingatkan lagi sekali kepada supplier tentang wedding anda yang bakal tiba lagi 2 minggu sahaja lagi. Banyak persediaan yang perlu dilakukan.

  • Rancang Tugasan Ahli Keluarga

Senaraikan tugasan ahli keluarga, siapa yang akan menguruskan bahagian door gift (memasukkan barangan dalam goodie bag/berikan goodie bag kepada tetamu), siapa yang menguruskan hantaran, siapa yang akan menguruskan bahagian telur, menyambut tetamu, pengapit dan banyak lagi. Untuk memudahkan perbincangan, baik juga sekiranya anda menubuhkan group WhatsApp.

  • Rancang Aturcara Majlis

Anda boleh mula merancang aturcara majlis akad nikah dan juga persandingan. Tidak kira majlis kecil atau besar, semestinya anda ingin segalanya berjalan dengan lancar bukan?

Dengan adanya aturcara, tidaklah huru-hara majlis nanti. Bagi yang mengadakan majlis perkahwinan besar yang dihadiri oleh VIP, anda mungkin ingin mengadakan sesi raptai terlebih dahulu.

  • Ingatkan Jurunikah Tentang Tarikh Majlis

Untuk mengelakkan salah faham atau masalah di kemudian hari, rajin-rajinlah ingatkan jurunikah tentang hari pernikahan anda. Maklumlah, mungkin ramai pasangan lain yang perlu diuruskan jurunikah atau tok kadi ni sampai boleh terlepas pandang.

GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES
KREDIT : PENGANTINBARU